Set Kesuburan Shaklee

Set Kesuburan Shaklee

Masalah kesuburan? Peluang tingkatkan kehamilan dengan supplemen.

Masih "kosong"selepas beberapa bulan melayari bahtera perkahwinan mengundang keresahan ramai pasangan. Tekanan semakin hebat apabila bulan bertukar tahun,namun zuriat yang ditunggu masih tidak kunjung tiba

Bagaimana ini terjadi dan masih kah ada peluang untuk bergelar papa dan mama? Insyallah sekiranya anda berusaha jalan nya tentu ada.

Secara umumnya kesuburan seseorang wanita itu berkait dengan kemampuannya mengeluarkan telur. Telur akan keluar sekali dalam tempoh 1 pusingan haid. Waktu telur dikeluarkan dikenali sebagai waktu subur. Bagi wanita yang mempunyai pusingan haid teratur, pengeluaran telur akan biasa akan berlaku pada hari ke-13 atau 14 (dikira dari hari pertama haid keluar). Disebabkan itulah sekiranya ingin merancang mempunyai anak disarankan melakukan hubungan kelamin pada waktu ini.

Bagi lelaki masalah ketidaksuburan selalunya di kaitkan dengan sperma yang tidak normal,jangka hayat sperma terlalu singkat atau masalah ejakulasi. Masalah lain ialah seperti:
    Set Kesuburan Shaklee
  • Keradangan pada testis
  • Pembengkakan salur darah testis
  • Pengambilan alkohol
  • Merokok
  • Hormon tidak normal
  • Terdedah pada bahan kimia beracun
  • Saluran testis tersumbat akibat jangkitan kuman
  • Memakai seluar ketat
Walaupun wujud pelbagai masalah berkaitan kesuburan ,ini bukanlah titik noktah kepada pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata. Ada banyak cara boleh dilakukan  untuk membantu mendapatkan zuriat. Yang penting perlulah berusaha dan bersedia dari pelbagai aspek kerana rawatan kesuburan merupakan proses yang panjang.

Tip kesuburan lelaki
  • Makan buah betik kerana ia kaya dengan vitamin C dimana vitamin ini mampu meningkatkan jumlah  dan kesuburan sperma. Kekurangan vitamin C dalam badan boleh menyebabkan ketidaksuburan  sperma.
  • Berhenti merokok kerana boleh menyebabkan membrane sperma rosak dan mempengaruhi sperma mencapai sel telur
  • Banyak kan pengambilan zink kerana mampu mengaktifkan sperma.
  • Pakai seluar longgar bagi memastikan suhu alat kelamin terkawal
  • Kebersihan makanan
  • Minum banyak air kosong juga
Tip kesuburan bagi wanita
  • Jaga pemakanan seperti elakkan jeruk,makanan ringan, minum alkohol dan berkabonat
  • Senaman berkala
  • Berhati-hati mengambil ubat kerana sesetengah ubat mempengaruhi kesuburan
  • Periksa rahim dengan berjumpa doktor manalah tau kan ada masalah dalam rahim
Sekiranya ada antara anda yang mengesyaki anda dan pasangan berhadapan masalah kesuburan segeralah bertindak. Di sini saya mengesyorkan beberapa supplemen Shaklee yang boleh anda praktikkan sebagai salah satu usaha anda. Jom lihat apakah supplemen itu.

Set kesuburan wanita (Family Wellness Set + Women's Health Set + Zinc) yang terdiri daripada:
  • ESP
  • B-Complex 
  • Vita-Lea
  • Vita-C
  • OsteMatrix
  • Omega Guard
  • GLA Complex 
  • Zinc Complex
Set kesuburan lelaki (Family Wellness Set + Men's Vital Health Set) yang terdiri daripada:
  • ESP
  • B-Complex
  • Vita-Lea
  • Vita-C
  • Zinc Complex
  • Vita-E
  • Omega Guard 
Mari kita lihat bagaimana vitamin-vitamin di atas dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan kita. Anda boleh memilih secara "loose" mengikut keperluan dan bajet anda.

Zinc Complex
Set Kesuburan Shaklee
Supplement yang sangat penting untuk kesuburan terutamanya buat lelaki. Ia membantu menjaga fungsi organ seksual dan penghasilan hormon testosterone. Kekurangan zinc pada lelaki akan menjejaskan bilangan, pergerakan dan kesihatan sperma.

Zinc juga membantu meningkatkan kesuburan bagi wanita. Ia membantu hormon oestrogen dan progesterone berfungsi dengan baik dan membantuk menghasilkan telur yang matang dan berkualiti untuk proses persenyawaan.




Vita-E Complex
Set Kesuburan Shaklee


Antara keunikan Vitamin E keluaran Shaklee adalah ianya dilengkapi dengan Selenium, salah satu unsur penting untuk meningkatkan kuantiti sperma pada lelaki dan mengurangkan risiko kecacatan pada bayi. Vitamin E sering digunakan oleh pakar kesuburan dalam kaedah rawatan IVF. Ia merupakan sejenis antioxidant yang mampu meningkatkan kesuburan.




Vita-C
Set Kesuburan Shaklee

Bagi lelaki, vitamin C membantu mencegah penggumpalan sperma dan menjadikannya lebih bergerak aktif (sesuai untuk perokok). Bagi wanita, ia membantu mengawal keseimbangan hormon, menguatkan sistem imunisasi dan meningkatkan kesuburan. Keunikan Vita-C Shaklee adalah pada sistem "sustained release" di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan dan akan bertahan lebih lama dalam badan.





B-Complex
Set Kesuburan Shaklee


Terdapat dua jenis vitamin B yang bermanfaat untuk menambah kesuburan, satu untuk lelaki dan satu untuk wanita. Vitamin B12 dapat menambah dan meningkatkan kualiti sperma dan vitamin B6 dapat meningkatkan kesuburan wanita. Jenis vitamin B yang lain juga penting untuk proses penyatuan sperma dan sel telur (conception).





Vita-Lea
Set Kesuburan Shaklee


Mengandungi 28 jenis multivitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh kita. Masalah kesuburan boleh berpunca dari kekurangan nutrient dalam badan. Cara terbaik untuk memastikan tubuh kita dilengkapi dengan nutrient yang diperlukan ialah melalui pengambilan multivitamin dan mineral setiap hari, kerana ia dapat menampung mana-mana kekurangan vitamin dalam badan.




GLA Complex
Set Kesuburan Shaklee


Supplement wajib untuk wanita yang sedang mencuba untuk hamil. Ia mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama untuk menggalakkan kesuburan. Ia juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan. GLA complex membantu tubuh menghasilkan 'cecair kesuburan'. 'Cecair kesuburan' ini memberi 'ruang' untuk sperma terus hidup hingga 5 hari.






OsteMatrix
Set Kesuburan Shaklee



Amat penting buat wanita sebagai persediaan persenyawaan sperma dan telur. Sebaik sahaja anda mengandung, anda memerlukan simpanan kalsium yang mencukupi dalam tubuh untuk dimanfaatkan oleh bayi anda. Ia juga membantu mengalkalikan tubuh untuk menyediakan persekitaran yang sesuai untuk persenyawaan sperma dan telur.





Omega Guard
Set Kesuburan Shaklee

Mengandungi asid lemak Omega 3. Antara punca ketidaksuburan di kalangan lelaki adalah disebakan struktur sel sperma yang tidak terbentuk dengan sempurna. Omega 3 dapat membantu pembentukan acrosome yang lebih kuat dan sempurna. Acrosome merupakan struktur melengkung pada hujung kepala sperma yang memainkan peranan penting dalam proses persenyawaan telur wanita.

Bagi wanita pula, Omega 3 membantu mengurangkan gumpalan pada dinding uterus dan membolehkan telur yang telah disenyewakan dapat melekat dengan sempurna. Kekurangan Omega 3 - Omega 6 juga turut dikaitkan dengan polycystic ovarian syndrome (PCOS), salah satu punca ketidaksuburan pada wanita.


Esp

Set Kesuburan Shaklee

Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. 

ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.








Apa perbezaan supplement Shaklee dengan supplements yang dijual di farmasi? Perbezaan utama adalah supplement keluaran Shaklee adalah semulajadi, bukan vitamin sintetik yang banyak di jual di kaunter farmasi. Dan Shaklee telah terbukti berkualiti dan telah mencapai Top 4 world's most effective vitamin (rating semasa entry ini dibuat). And among the Top 4 tue, Shaklee adalah supplement yang berstatus Halal yang paling ekonomi harganya.

Untuk Suami : Set A (vitalea+b complex+vita C) bersama Vita-E dan Zinc
Untuk Isteri : Set A (vitalea+b complex+vita C) atau Set B (vitalea+b complex+vita C+alfalfa) bersama vita-E & esp


 
Previous
Next Post »
Thanks for your comment