Anak Tidak Mahu Hisap Susu Dari Botol

Anak Tidak Mahu Hisap Susu Dari Botol

Waaaaaaa..ini lah masalah saya..syaza xmahu hisap susu dari botol...lagi 3minggu nak masuk kerja..bukan saya xajar dia guna botol,dr dalam pantang dah ajar tp yelah mungkin salah saya juga...lg kerap DF dari bg botol..sbb apa?sbb bila dia nangis jer saya sua jer terus cik N kat dia..xdelah nak pergi warm2 kan dulu susu dalam botol..lambat..adusss...malam ni saya pun sibuk la mencari maklumat tips atasi masalah saya ni...

Apa yang saya alami ni (mungkin ibu-ibu lain juga) adalah rintangan yang biasa ibu-ibu menyusu alami bila nak train anak guna botol. Mungkin list-list kemungkinan di bawah boleh bantu kita semua untuk cuba dan cari kaedah penyelesaian... paling penting ibu-ibu kena banyak sabar, cuba dan kuatkan minda dan hati.. InsyaAllah.. lambat laun ibu-ibu akan dapat jalan penyelesaiannya, ok... :)

So mari kita senaraikan masalah dan teknik penyelesaian yang mungkin dapat kita lakukan:

1. Nipple Confussion
Bayi sangat sensitif dengan bau ibu. Sejak dari keluar alam rahim baby akan menangis, bukan kerana lapar (fakta : bayi yang dibuang masih boleh hidup 3-4 hari tanpa bekalan makanan dan minuman.. subhanallah..) tapi kerana manjanya beliau. Sudah biasa dengan alam rahim yang sempit dan bila keluar tentulah hendak didakap mesra oleh ibu.. dulu disuap dengan tali pusat namun kini nipple ibu lah tempat yang paling selamat. Betapa besarnya kuasa Allah, memberi kebijakan sebegitu kepada bayi..

Dan kerana bijaknya baby kita, dia tahu membezakan antara yang original dan tiruan..

Mula-mula, kita kenalah bersyukur jika bayi kita menolak untuk minum dari botol.. itu adalah petanda pertama bahawa baby kita sudah boleh membezakan satu perkara :)

Mungkin teknik-teknik di bawah boleh kita;

a) Elak kita yang bagi EBM
- sebolehnya dapatkan bantuan daripada orang sekeliling seperti suami/ibu/bapa/ kakak atau orang lain yang boleh berinteraksi dengan baby untuk bagi EBM diperingkat awal. 
- sebab baby cerdik.. kenal bau kita, selagi ada bau kita selagi tu dia ngada2 nak direct feeding! ;-)

b) Try guna cup / picagari / sudu / penutup botol ubat (syringe)
- semua alat2 ni diguna sebagai kaedah permulaan untuk anak terima EBM
- ada yang bila dah ok boleh beralih ke botol pula, namun ada juga yang lebih suka teruskan guna alat yang ada tanpa guna botol untuk elak baby nipple confussion lagi.
c) Try n error cari puting yang sesuai
- bagi yang menggunakan botol, recommended puting untuk dicuba : tommie tippie / NUK / MAM/ Avent/ Dr. Brown
- puting-puting ni bentuknya seakan2 bentuk puting kita, cuma bau puting tu yang akan dipilih oleh baby..
beli satu produk, kalau tak boleh try produk seterusnya.. :)
d) Gunakan helah
Helah 1:
- biasanya baby masa dia mamai nak tido tu mungkin dia akan hisap jari, try tarik jari dia dan sumbat dengan botol. 
- ingin diingatkan bahawa kaedah ini perlu dibuat sekali nafas sahaja
- sebab biasanya kalau orang bising atau tegur dia akan lepaskan botol tu..

Helah 2: 
- baringkat baby atas peha, mengiringkan badan menghadap dada kita (posisi seperti nak bagi susu badan) selak baju dan jatuhkan pada area muka dia, then terus sumbat botol (nampak agak kejam tapi ia satu usaha berguna yang boleh diguna). cuba untuk kekalkan position supaya baby 'selesa'.

Macam-macam helah lagi yang boleh dibuat oleh para ibu dan orang-orang disekeliling.. ibu kena kreatif! :)

e) Susukan baby sebelum lapar / mamai

2. Tolak EBM .. lebih suka yang fresh

Teknik yang boleh digunakan :
Mulakan dengan memberi bayi minum susu perahan segar / fresh.. maknanya susu yang diperah pada hari yang sama.. jangan terus beri ebm yang beku.. Kerana, rasa ebm beku kurang enak berbanding yang segar..

Manfaatnya, ibu boleh dielak daripada bermalas-malasan mengepam yang akhirnya menyebabkan pengeluaran susu berkurangan.

Dan, selepas baby biasa dengan rasa ebm, barulah beransur-ansur memberikannya ebm yang diperah semalam, 2 hari sebelum, 3 hari sebelum dan akhirnya ebm beku.

3. Bau susu

Teknik : periksa peti sejuk / freezer


- Kadang-kadang susu ebm yang disimpan dengan produk-produk beku lain seperti lauk pauk dan makanan lain boleh menyebabkan susu ebm berbau seperti makanan yang kita simpan.
- So make sure makanan dan minuman yang disimpan bersama ebm di seal dengan sempurna. atau simpan dalam bekas yang bertutup rapat seperti tupperware. 

Akhir sekali, jika kita telah melakukan semua yang terbaik untuk baby kita, anak masih tetap tidak mahu minum susu dari botol, usahlah terburu-buru dan risau.. banyakkan berdoa pada Allah, kuatkan dan tabahkan hati dan emosi.

Perhatikan perkembangan anak untuk tempoh 2 minggu ke 1 bulan.. Selagi anak kita sihat, aktif, ceria dan berat badannya maintain (tak semestinya sebab insyirah berat tak naik2 hehhe) tiada apa yang kita perlu risau samada anak minum susu mencukupi atau tidak..

Apa yang anak kita minum itulah yang diperlukan olehnya. Penyusuan susu ibu itu mencukupi tanpa mengambil kira berapa oz yang telah diminum dalam sehari..

Keep on positive thinking, pumping dan simpan stok... insyaAllah.. doa kita akan dimakbulkan Allah kelak... ok!  
Previous
Next Post »
Thanks for your comment